Friday, October 15, 2010

sayasedihselepasditengkingorangyangcakapsayamulutjahat




Pergi pantai jalan-jalan

Tengok laut

Makan donat ma buat

buat istana pasir

main ombak

ambil gambar tepi pantai

mesej: nak pergi pantai.


Berhati-hati semasa bergurau dengan kawan-kawan.

Bercakap dengan niat nak buat lawak tapi orang itu terasa.

Rupanya dah banyak kali terasa.

Meletuplah bom atom dan segala serdak-serdak kecil bom pun melukakan.

Kita pula terasa.

Padan muka.

Selama ini kita kenakan orang.

Sekali kita terkena, adussss...tok se doh la kecek.

Mulut jahat? ba wau dal wau ha?...hoooo ini sudah lebih.

Adik2 aku je boleh guna perkataan itu kat aku.....

Tunggu tiga hari baru ada maaf.

Datanglah ikhlas....datanglah ikhlas wahai hati yang sedang di 'suture' (jahit) selepas hancur.

Mulut jahat?huh


Tiba-tiba dalam kelas Doktor Pakar Kanak-Kanak bagitahu "bangun pagi-pagi cakap Alhamdulillah kita ada lagi nikmat hidup sebab everyday is an interesting day.Go with your life. Kalau pagi2( kejadian ditengking berlaku awal pagi) dah mula tidak elok, satu hari tak elok jadi"
.

Memang pun...hari ini cabut tunggul gigi tak berjaya lalu kena marah oleh Doktor Pakar Bedah Mulut.

Sepanjang sesi klinik:
All iz well


La Tahzan InnAllaha maana


tapi air nak juga bertakung kat mata.

Monday, October 4, 2010

Kami budak gigi yang gigih~




siapa kata belajar pasal gigi ni senang?

5 tahun? belajar apa lama sangat?...ni kawan pernah cakap dulu masa mula2 masuk Fakulti Gigi...

Memang seronok masuk bidang ni. tapi tekanan semakin banyak bila masuk tahun klinikal.

Nak cari orang nak tampal gigi..Ya Allah Tuhan yang tahu punyalah susah...

apa lagi nak cari yang nak cabut gigi, pasang besi(kes simple), gigi yang kena rawatan salur akar n etc...

masa klinik terhad. paling tension bila:

2pm 3/10/2010- hantar mesej kat patient tanya nak buat rawatan gigi tak?macam biasa pakai kredit sendiri...

2.15pm -patient hantar mesej setuju nak datang untuk cuci gigi.

9am 4/10/10-Waktu klinik start,kerusi dah set up tunggu patient datang je.

9.30am - tunggu..

10.00am - tunggu lagi....

11.00am - mesej patient tak balas, call tak angkat..

11.30 am- patient balas maaf saya sibuk

Aiyyakkk!!!

apa pasal tada bilang awal2? kena tunggu saya tanya baru balas ka? (dengan nada sabar)

12.00 pm- kemas klinik, balik kelas dengan requirement blok hari tu KOSONG...TELUR AYAM...







hanya lah contoh gambaran kes yag terjadi kepadaku dan ramai lagi kawan2 senasib.(ada tokok tambah beberapa kes untuk jadikan satu kes seperti di atas...saje extra effect..he)

lagi satu, gigi palsu ni...tak siap2 dari tahun lepas...waktu masuk makmal nak buat gigi tak disediakan...kena pandai curi masa free je pergi makmal...(tak pandaila nak curi2 ni...T_T

sEMOGA aKU MASIH SEMANGAT mau jadi dokTOr gigi yang gigih...sedap jugak ayat tu..hihi...

La takhof wa la tahzan...aal iz well (0_~)

(p/s:gambar2 ini diambil dari google je...he...kena tulis nih nanti orang hakcipta marah )

Wednesday, May 26, 2010

cUti seMM taMMat....hoho

yes!

balik asrama dengan berpitis.

cheklist sebelum balik:
1)kerja sulam anda-70% siap...tinggal nak cuba buat atas 2 helai baju lagi dan tulis report

(bagus2)

2)baca kuku patho-baru nak tulis nota hari ni...:<

(gagal2)

3)baca buku Raheeq Makhtum sirah nabi-baru habis 2 bab je daripada banyak puluh bab

(aiyok!)

Kesimpulan :cuti ini gagal dimanfaatkan tetapi lebih baik dari cuti2 sebelum ini selama anda pernah hidup..(ye!..padahal tulis untuk diri sendiri)

cuba lagi


KejaYaan terBESAR: jumpa kedai manik..kat Taman Tas pon ade...yEaYY

Friday, April 30, 2010

CuTi SeM berMUlaaaa...hehe

TAHNIAH kpd kwn2...

Exam Profesional kali ke 3 ni semua lulus...xde kena ulang
exam pro...syukur2..0_~

semua org boleh balik rumah dengan aman.....

Ingatkan cuti sebulan boleh rileks2...ade jugak kena buat projek elektif

Nak suh otak sentiasa berjalan n tangan sentiasa ber'skill' kot..

Dekan kata boleh buat mende2 je asalkan xde kaitan dengan gigi@ ubat@ klinik@ lll...

Nak belajar buat kek yg advanced2..kene byr..

nak belajar tanam cendawan...leceh..susah nk tumbuh klu jg x btul..tp belakang rumah xyoh tanam pon tumbuh.

nak belajar sambil beKerja kat kilang rempeyek??dpt duit..hoho..
belakang umah pulak tu...tp x minat r rempeyek...tok se r..

Nak buat sulam manik lah...buleh wat kat umah je...hehe..

Mana r nak cari manik murah2??

spe taw?

Saturday, April 10, 2010

Awaken T - T



terbaca majalah Asuh yang ada gambar setan kartun edisi lama...


teringat masa kecik2 suka baca...


lemahnyalah manusia...


buat jahat memang senang..


tapi sapa cakap buat baik susah?lagilah senang...niat je pun dah dapat pahala..




dalam majalah tu ada gak ditanya siapakah yg paling bakhil?


-manusia-




manusia yang macam mana?


bila disebut rasullullah s.a.w, dia tidak berselawat ke atas nabi...




*ingatlah kembali sejarah perjuangan nabi...pasti kamu menangis jika benar2 menghayati sirahnya...sehingga ke akhir hayatnya baginda menyebut 'ummati..ummati..'




siapa ummati? kitalah yg baginda risaukan...hanya 2 pusaka baginda tinggalkan kpd kita...


Al-Quran n Al-Hadis




Hari ini dah baca Quran?dah tengok hadis2 n tafsirannya?




Tepuk dada tanya iman




memang kubur lain2 tp bila mati org lain kena tolong jgk wat masuk dlm kubur..




Wallahu a'lam..