Monday, August 22, 2011

Final year!!! finally

Alhamdulillah

semua lulus professional exam ke-4.
tiada yang kena ulang tahun..
walaupun ada kena re-seat paper, tapi semua da lulus...
final year!
final destination!
rasa macam dah tua.huhu

Saturday, August 13, 2011

Na-ngees lagi kamoo?!! BAHAGIAN 2

Bacalah prosedur post sebelum ini supaya dapat hargai apa yang doctor dah buat untuk siapkan gigi palsu.Kalau doctor yang bekerja di klinik, bahagian procedure makmal, technician yang buat.Doktor buat yang bahagian klinik je.

Tapi kalau student macam kami, SEMUA kena buat sendiri! SEMUA kena buat sendiri! SEMUA kena buat sendiri!

FAHAM TAK?/////!!!!!!

Ni nak cakap kat soerang patient aku sebenarnya. Aku amat hargai patient2 aku sebab diorang memahami kami pelajar, ada jadual kelas, klinik dan waktu cuti panjang. Klau tengok kat table atas, prsedur banyak dalam makmal. Masalah nya tiada waktu khas untuk dalam makmal. Biasamya kami korbankan lunch hour atau buat balik asrama buat..tapi tak semua boleh buat kat rumah. Takkn kot nak angkut satu table untuk trim2 gigi…..

Alkisahnya, pakcik T ni asyik desak aku siapkan gigi dia. Mula- mula dapatla sabar. Aku kesian dia sebab nak makan pun susah tapi maaflah pakcik kalau pakcik tak memahami saya sebagai student. Kes pakcik ni dah la sama macam kes pak cik nasi lemak yang tak jadi tu…Cuma bonus susah sikit ..nak jadikan citer, adala masalah sikit masa try- in. Doktor suruh aku redo balik.

Lagipun aku rasa gusi dia dah banyak kecut @ resorb sebab takde gigi situ. Tu yang baseplate longgar jugak.

Aku tak sedih sangat kena redo sebab dah puas nangis dalam toilet masa kes pakcik nasi lemak..huhuhu

Tapi aku tak dapat nak tahan air dari mata kuar bila aku tengah terangkan kat pak cik T kenapa kena redo dan dia macam tak puas hati.


Pakcik T :Hai bila nak siap gigi ni? Dah banyak masa saya bazirkan untuk ngko tau? Lambat betul. Ngko cubalah buat cepat2 ye. Kerajaan bayar ngko untuk buat gigi orang macam saya tau!

HAW: pakcik, kalu nak cepat buatla kat klinik luar. Bayarla 2-3 ratus dan tak payah tunggu lama2. Tapi kalau taknak pakcik kenalah sabar tunggu saya buat. Lagipun lepas ni cuti raya, saya akan sambung lepas cuti.

Pakcik T: ei, ko cuti pn buatlah gigi pakcik sampai siap dulu

HAW: makmal tutupla pakcik.

Pakcik T : ngko nanti sambung lepas cuti gusi pakcik kecut lagi. Bila buat nanti longgar lagi.Macam mana ni korang buat keje?


Pom pang pom pang aku dan assiatant aku duk berbalas cakap sampai satu klinik dengar. dahla tempat aku sebelah tempat doctor duduk. Semua tengok kat aku. Bnyak kali kami cakap dah kalu x sabar buat kat luar la. Tapi dia tak nak.

Pastu tengah tengah cakap, hatiku bengkak sangat dengan kata2 pakcik tu. TIDAK MEMAHAMI DAN TAK MAHU MEMAHAMI LANGSUNG .Aku cabut je glove dari tangan terus aku keluar klinik gi toilet…Perjalanan ke toilet rasa sangat lama walaupun dekat je. Mata2 sekeliling memandang. Ape2? Ape jadi?

Ya Rabbi, tak nak pun feeling2 over tapi ada limit la.

Last2 doktor yang supervised aku cari aku tapi takde. Kawan aku cari aku dan jumpa kat toilet which is memamg situla aku pergi kalu tension ( haha teruk betul tempat sudut kecewa aku).

Dah lap2 hingus mata pulak merah. Macam mana nak masuk balik klinik ni?

Duk jap, masuk klinik semula cari doctor dan cakap I’m sorry doctor. Ingatkan nak marah aku lari time klinik. Tapi dia sangat baik. It’s OK. I’ts not your fault. Ha? Bukan salah aku ke? Dia pun terangkan kat aku apa masalah denture tu sebenar dan kenapa aku tak dapat buat…Sambil doctor to cakap2 tiba2 mata berair balik depan dktor tu. Ala… awatlah kuar lagi time tu…Sampai doctor tu tak tau nak cakap ape dah….Nak tergelak ingat balik…Dalam rekod tahun ini, ini kali ketiga kalenjar air mata keluar tak henti2 dan tak terkawal. Pertama sebab kes pakcik nasi lemak, then sebab org cakap aku mulut jahat (dah berbaik2 semula dah 0_~ ) .

Aku mintak tolong assistant aku handle pakcik tu yang terpinga2 tak tahu ape jadi. Nasib baik dia tak nampak aku na-ngees..Aku ingtkan assistant aku cakap elok2..rupanya dia sambung berperang dengan pkcik tu..Ade jugak kawan2 aku datang back up dia nak memahamkan sistem klinik pelajar macam mana. Then , patient was discharged.

Nanti la aku call dia balik terangkan semula. Masalah dia Cuma tidak dapat sabar dan tak faham kerja student ni bukan buat gigi palsu sepanjang masa. Kami pun tak boleh la nk tidur tak balik2 kat makmal tu nak buat kerja sampai habis.

Petang tu mintak tandatangan doctor untuk prosedur klinik pagi tadi yang meriah dengan kes patient aku. Doktor pun sambung pujuk balik. Dia cakap masa dia belajar dulu, denture dia kena penyek je dengan kasut supervisor dia bila tak suka dengan hasil kerja kita. Dia cakap penat2 dia buat dekat setengah tahun, kena penyek macam tu je! Sebab tu dia faham dia akan guide student2 dia sampai pandai. Biasalah nama pun tengah belajar.

Aku cakapla, aku bukan sedey sebab kena redo tapi sebab perangai pakcik tu….memang aku nak tolong dia tapi dia pun kena tolong aku juga. Bukan desak je.

Haiyya….macam mana la ade doc yang ambil specialist bahagian prosthetic ni? Mesti terer tahap giga.

Mode menstabilkan minda dan buat gigi patient lain dulu yang sanggup tunggu aku buat kerja macam siput ni.

Note: Ini bukan untuk mengaibkan patient atau menghina. Ini sekadar tulisan tantang kehidupan klinikal student dental. Maaf kalau ada yang terasa dan bukan semua student lambat macam siput. Ade je yang laju, ikut bakat masing2.Kalu patient tu faham, seorang student jadi pandai sebab wat gigi palsu kat dia, patient tu akan dapat pahala tiap2 kali student tu kerja nanti dapat siapkan gigi palsu.Saham Akhirat yang sentiasa bertambah selagi student tu hidup dan selagi student tu buat gigi palsu. Taknak ke pakcik T oooi...

Dunia dunia.....

Na-ngees lagi kamoo?!! BAHAGIAN 1

Kenapa?

Sebab gigi palsu lagi!

Memang baru je issue gigi kepada pakcik kacang, Alhamdulillah berjaya issue sebelum masuk final year( nasib baik kami masuk awal atas tiket masih tahun 4 untuk siapkan requirement sebelum masuk tahun 5 bulan September ini).

Kalau tak,tak issue sampai kesudah lah sebab aku ada 4 orang patient semuanya nak buat gigi..Sorang tersangkut, yang lain pun terkandas. Aku cakap dulu kalau nak jadi masalah pun bagilah lepas aku issue denture dulu….

Tengok-tengok lepas je issue denture pak cik kacang, aku hadapi masalah ….iaitu kena buat balik start dari buat acuan kedua walaupun masa itu tengah try-in atau cuba gigi yang tak dimasak keras lagi.

Untuk yang tak faham apela aku cakap kat atas, ini ialah langkah lagkah buat gigi palsu:

Dalam Klinik

Dalam Makmal Prosthodontic

Ambil acuan gigi pertama kali guna tray besi dan Alginate.

1.Tuangkan adunan serbuk dari batuan( stone) kedalam acuan tadi dan keraskan.

Dapatla replica gigi patient tu.

2. Buat tray special dari replica gigi itu untuk ambil acuan kedua nanti.

Ambil acuan gigi kedua kalinya guna tray special.

Ulang langkah 1 di atas.

Survey replika gigi untuk buat design denture.

Buat baseplate dari replica gigi dan letak lilin khas untuk ambil ukuran gigi dalam mulut pesakit nanti.

Ukur gigi (MaxilloMandibular

Relationship)

Mounting atas articulator dan tempat lilin khas atas baseplate tadi disusunkan gigi di atasnya.

Try –in iaitu try pakai gigi yang dah disusun. Tak cantik ke, nampak jongang ke, puas hati ke kena consider masa ini sebelum dimasak jadi keras.

Prosedur ni paling lama .Sampai tidur pun tak cukup.

1.Buat clasp dan rest atau cangkuk besi kalu dalam design perlu

2. Buat gumwork atau ukiir bentuk gusi kat bawah gigi yang disusun supaya nampak natural ( hak ni lemah sekali)

3 Dewaxing ni tak sah kalau buat takde gigi yang tercabut sekali padahal nak buang lilin khas je ….kena pandai2 cari gam gajah tepek.

4. Uli adunan untuk dijadikan gigi palsu yang kita tengok orang pakai warna pink tu sebagai warna gusi dan tekap dalam bekas besi atau flask.

5. Masak selama 7 jam ala2 masak ketupat

6. Trim mana yang taknak dan polish sampai berkilat!

Issue! Yeay!

.

Bacalah prosedur ni supaya orang yang ada gigi semulajadi hargai gigi sendiri sebab prosedur buat lama dan tiada yang paling best selain makan nasik dengan gigi semulajadi!

Bacalah prosedur ni supaya dapat hargai apa yang doctor dah buat untuk siapkan gigi palsu.Kalau doctor yang memang doctor di luar bahagian procedure makmal technician yang buat.

Tapi kalau student macam kami SEMUA kena buat sendiri!

Gambar - gambar dari Google disediakan untuk gambaran lebih jelas. ( These pictures below are not belong to me and not my patients also. Ia borrow it from Google to explain better about making a denture.)

Perhatian ya sebab gambar lain2 sebab ni bukan dari seorang patient sahaja.Cmpur2. Ade juga gambar gigi palsu separuh dan gigi palsu penuh. Harap x confius.



ambil acuan


acuan yang diambil guna Alginate.


bancuhan serbuk batuan untuk buat replika acuan tadi.

buat tray special dari replika tadi dan ambil acuan lagi dan buat replika baru pula.


cari undercut untuk letak cangkuk besi nanti supaya gigi tak terkeluar masa makan untuk gigi palsu separuh.


buat baseplate dan letak lilin kat tempat yang tada gigi untuk ukur dalam mulut



Trim gigi guna bur dan susun atas lilin atas baseplate.


Buat bentuk gusicantik-cantik dengan ukir lilin


dah masak, lilin tadi diganti bahan yang keras warna pink ikut bentuk sebagaimana kita ukir lilin

boleh bagi kat patient.Siap.