Bosan dengan orang sekeliling....
Dah lama sangat kenal kot...
Orang cakap, secara teori, dalam usia pertama perkahwinan ibarat syurga dunia..semua indah..
Bila masuk 5 tahun kemudian konflik besar mula timbul....
Tapi bukan bab kahwin yang nak dibangkitkan di sini....
Bab rakan-rakan sekelas...
Dah 5 tahun kami bersama....
Teori kahwin tu macam menJADI betol...hoho.
Dah lama sangat kenal sampai dah kenal perangai masing2..
Tapi tak tahu kenapa sekarang semua suka marah2, cepat terasa, pendam sana pendam sini,termarah orang tu termarah orang ni, termengata si polan si polan...(ada certain things sengaja sebenarnya walaupun ada perkataan ter.. kat depan ayat...huhu).
Tak suka la..
orang nak exam ni...
Ada rakan buat inferens(kesimpulan awal) iaitu:
1.Disebabkan semua orang kena kejar requirement, semua orang jadi pentingkan diri
-->prasangka melanda bila orang lain dapat patient dengan kes yang banyak..nak2 bila orang tu jer asyik banyak sedangkan partner clinic dia kekurangan kes. orang duk pikir, tamaknya dia.
Tapi, hakikatnya hanya orang itu dan partner je yang tahu...mungkin mereka ok saje tapi orang sekeliling yang lebih2....mungkin juga mereka memang ada konflik dalaman...
2.Disebabkan semua orang kena kejar requirement, semua orang jadi Stress.
-->YA! itu sebenarnya...kami pelajar Gigi telah disahkan akan STRESS setelah masuk klinikal...terutama bila tiba hujung minggu...ok, minggu ini nak panggil patient mana...sebelum makan, pikir dah ada patient belom? kalau tak ade, makan pun macam tak makan...sebelum tido pikir dah ada patient belom...kalau takde menggagau la cari patient...call kawan tu call kawan ni...Tolongla bagi patient....huhu...pastu moody.kawan tanya sikit, terus marah2...(what's that? *rubbish ...) * nonsense
Disebabakan perkara2 ini tersimpan je dalam hati, maka hati telah jadi tidak tertanggung lagi...patutla kawan mintak tolong pun semua berat hati....hohoho...
Diharapkan kami dapat menyucikan hati masing2 sebelum exam..
Pernah terjadi seseorang yang pandai tetapi tidak berjaya dalam exam disebabkan masalah sesama kawan sahaja...
Mungkin salah sistem yang kejam, mungkin salah requirement, tapi yang paling mungkin ialah SALAH DIRI SENDIRI.
Kalau anda rasa kawan anda salah, tegur dia.(kena pikir ayat sesuai pulak...tension2)
Kalau and terasa, bilang sama dia. (kalau la senang macam tu..(8_0)....)
Kesimpulannya, communication. So, tiada masalah hati simpan itu, hati simpan ini...Talk to your friends.
ok, nanti kami ada sesi bermaafan dan solat Hajat. Harap semua masalah boleh CLEAR.
Doakan kami berjaya SEMUA satu kelas dalam Proffesional Exam Ke-4 ini...huhu nak balik rumah...tak mau reseat paper....