Sebab gigi palsu lagi!
Memang baru je issue gigi kepada pakcik kacang, Alhamdulillah berjaya issue sebelum masuk final year( nasib baik kami masuk awal atas tiket masih tahun 4 untuk siapkan requirement sebelum masuk tahun 5 bulan September ini).
Kalau tak,tak issue sampai kesudah lah sebab aku ada 4 orang patient semuanya nak buat gigi..Sorang tersangkut, yang lain pun terkandas. Aku cakap dulu kalau nak jadi masalah pun bagilah lepas aku issue denture dulu….
Tengok-tengok lepas je issue denture pak cik kacang, aku hadapi masalah ….iaitu kena buat balik start dari buat acuan kedua walaupun masa itu tengah try-in atau
Untuk yang tak faham apela aku cakap kat atas, ini ialah langkah lagkah buat gigi palsu:
Dalam Klinik | Dalam Makmal Prosthodontic |
Ambil acuan gigi pertama kali guna tray besi dan Alginate. | 1.Tuangkan adunan serbuk dari batuan( stone) kedalam acuan tadi dan keraskan. Dapatla replica gigi patient tu. 2. Buat tray special dari replica gigi itu untuk ambil acuan kedua nanti. |
Ambil acuan gigi kedua kalinya guna tray special. | Ulang langkah 1 di atas. Survey replika gigi untuk buat design denture. Buat baseplate dari replica gigi dan letak lilin khas untuk ambil ukuran gigi dalam mulut pesakit nanti. |
Ukur gigi (MaxilloMandibular Relationship) | Mounting atas articulator dan tempat lilin khas atas baseplate tadi disusunkan gigi di atasnya. |
Try –in iaitu try pakai gigi yang dah disusun. Tak cantik ke, nampak jongang ke, puas hati ke kena consider masa ini sebelum dimasak jadi keras. | Prosedur ni paling lama .Sampai tidur pun tak cukup. 1.Buat clasp dan rest atau cangkuk besi kalu dalam design perlu 2. Buat gumwork atau ukiir bentuk gusi kat bawah gigi yang disusun supaya nampak natural ( hak ni lemah sekali) 3 Dewaxing ni tak sah kalau buat takde gigi yang tercabut sekali padahal nak buang lilin khas je ….kena pandai2 cari gam gajah tepek. 4. Uli adunan untuk dijadikan gigi palsu yang kita tengok orang pakai warna pink tu sebagai warna gusi dan tekap dalam bekas besi atau flask. 5. Masak selama 7 jam ala2 masak ketupat 6. Trim mana yang taknak dan polish sampai berkilat! |
Issue! Yeay! |
.
Bacalah prosedur ni supaya orang yang ada gigi semulajadi hargai gigi sendiri sebab prosedur buat lama dan tiada yang paling best selain makan
Bacalah prosedur ni supaya dapat hargai apa yang doctor dah buat untuk siapkan gigi palsu.Kalau doctor yang memang doctor di luar bahagian procedure makmal technician yang buat.
No comments:
Post a Comment