Saturday, July 23, 2011

DOKTOR HEBAT!....bukan senang

Alhamdulillah..posting General Medicine dan General Surgery (GM & GS)dah berakhir walaupun cuma dua minggu..ia berkenaan pembedahan umum dan perubatan umum.

Secara ringkas ni aktiviti kami di hospital.

...ikut houseman (HO)ward round.

pastu ikut ward round HO present case pada Medical Officer (MO)

pastu ikut pula ward round MO present pada specialist....

Sape rajin, pergi ward round petang dan malam.

Sape extra rajin, ikut doctor ambil darah pesakit pukul 4 pagi...hoho...(pastinya bukan aku yang pergi)


Minggu pertama, di wad General Surgery agak membosankan.

These are the reasons:

1. Pihak hospital baru kali pertama menerima kedatangan pelajar pergigian ke hospital mereka.Jadi mereka agak terkejut dan tak tahu nak ajar apa dan nak suruh ambil darah pesakit pun tak berani.

Jadi kami ikut je HO, MO dan specialist ward round pagi2. Ade HO yang baik dia terangkan jugak sikit2 kat kami.huhu pahamla jugak pesakit tu sakit apa dan kena bedah kenapa.

2. Ward round kat wad ni sangat sekejap untuk setiap pesakit. Jadi , kami tak dapat peluang nak tanya.

3. . Ada medical registra( MO yang nak jadi specialist) cakap kat kami...’Why dental is here r?i mean , there is nothing related to dental in this ward. If i were you, i will go home’....macam tula lebih kurang..

Macam ni sebenarnya, untuk grad sebagai seorang doctor gigi, kami kena belajar basic science. Jadi, perkara2 seperti GM dan GS ini perlu kami tahu..yela, kalau nak rawat gigi orang, kena tahu orang tu sihat ke tidak. Yang datang ke klinik tu bukannya gigi seketul je tapi gigi dan orangnya sekali.

Lagipun, ada beberapa penyakit di badan boleh dikesan awal oleh doctor gigi melalui tanda2 di mulut....contoh penyakit Peutz Jegher Syndrome iaitu ada polyp di sepanjang salur makan dalam badan.Tanda kat mulut ialah banyak pigmentation iaitu tompok2 coklat. Nah! Kalau doctor gigi tu pandai dia akan refer terus ke pakar untuk selamatkan pesakit itu....

Minggu kedua, GM....setelah jumpa salah seorang specialist yang jaga wad GM ini, kami rasa sangat gembira kerana kedatangan kami amat dialu2 kan dan dia sangat mengambil berat akan kami. Lain bebenor dengan wad GS....

These are the reasons:

1. Walaupun ni kali pertama mereka terima dental student, disebabkan ada specialist kat situ dah biasa dengan dental student masa di UKM, jadi specialist tu dah inform specialist lain dan MO tentang kehadiran kami. Kami juga diberi keizinan utk pasang branula dan ambil darah pesakit.

2. . Ward round di GM sangat lama sebab banyak benda kena cek.Kami suka ikut ward round bila ada specialist sebab dia soal kami dan tak marah kalu tak dapatt jawab.Siap ajar lagi!! Terharu2...maklumla belajar subjek GM, GS masa tahun 3 tapi posting dah nak dekat final year....mau kena korek otak kat mana simpan ilmu tu dulu.

Yang best...

1. Rasa macam mana perasaan HO dimarah depan2 pesakit. Betullah orang kata, HO busy.hidup macam tak terurus.Hanya mereka yang bijak urus masa, proaktif dan mudah terima teguran specialist baru boleh belajar dan jadi doctor yang hebat. Selamat berusaha HO sekalian!!

2. Dapat masuk Operation Theatre dimana doctor guna teknik Laparoscopy untuk buang batu karang dalam pundi hempedu. Kecik je batu tu tapi pesakit sangat sakit.sebab tu kena bedah.

3. .Pengalaman memujuk seorang pesakit Down Syndrome berusia 25 ++ untuk mencabut wayar dialisis di paha (femoral catheter). Kami dental student kena menyanyi ramai2lagu rasa sayang, harijadi, lagu cina pun ade nak pujuk pesakit tapi tak jadi jugak...lepas sejam lebih last2 kena pegang je ramai2.Nyaris kami kena tendang.Siap dapat perkataan BODOH lagi ....nak buat macam mana..kesian jugak tengok dia.

4. Ramai jugak orang sakit buah pinggang. Jadi, dapat tengok pembedahan kecil untuk pasang wayar dialysis di leher (IJC, Internal Jugular Catheter) dan di peha (Femoral Catheter)..semua dibuat dengan bius local je. Maksudnya pesakit sedar....hoho.. bila tengok HO buat IJC, teringat ma pun buat ni jugak dulu sebelum buat fistula di tangan...I tend to appreciate what is happened to ma more.procedure tu tak la sakit sangat, sikit je tapi kalu ada orang yang kenal disisi kan lebih bermakna bagi pesakit.Nak tengok macan mana depa buat try search IJC procedure di youtube.

5. Yang ni bukan best ape tapi tak dapat nak lupa.Pesakit ni kami datang je dah nazak.lepas beberapa minit meninggal.pesakit ada penyakit kerosakan hati. Aku sempat intai history pesakit kat nota HO, ade sejarah hisap rokok dan minum arak masa muda2.patutla,JAUHILAH ROKOK DAN ARAK.

6. Ade pesakit masuk sebab sakit paru2...batuk2....kerana ROKOK. Kena tarbiyah dengan specialist sikit. Yela pesakit ramai. siap kena extend tambah katil tapi pesakit tu masuk sebab salah sendiri. Taknak ubah habit jugak.kesian pesakit yg betul2 sakit bukan salah sendiri.

7. Ada budak umur 13 tahun patah kaki, tangan dan tulang punggung sebab bawa motor tak pakai helmet .sorang lagi sepupu dia kritikal di ICU. Diorang bawa motor kat kampung je langgar pokok. Tapi memang kena pakai helmet even nak pergi beli telur kedai depan pun...Bahaya.

Last sekali, terima kasih kepada Dr. Sharifah yang sanggup melayan kami ,ajar kami basic ECG ...hehe

Terima kasih juga pada Dr. Nurin yang sempoi...sanggup bawa kami pergi wad emergency tengok Doktor ajar Ho buat IJC.

Terima kasih juga kepada senior medical kami, kak Mira yang sanggup bawa kami meyelinap ke wad O&G menyamar sebagai Medical student..hehe...Alhamdulillah kami datang je ade sorang pesakit nak bersalin. Dapat tengok delivery seorang baby girl...Huhu...sakitnya...sebaba tula syurga bawah tapak kaki ibu. Love u ma!

Semoga kita semua menghargai jasa doktor pada kita tak kirala doktor perubatan ke, gigi ke, veterinar ke....yang penting semua berbakti untuk kesihatan semua.

Friday, July 8, 2011

Balik Asrama..Tak Mahu Tapi Perlu & kisah Orange Shake!

Hari Isnin lepas balik asrama sekejap.

Ada camping dalam hutan sepatutnya tapi disebabkan kehadiran yang SANGAT SIKIT…kena tukar jadi camping dalam masjid…Masjid Al- Mukhlisin di Alam Damai, KL.

Tapi kami panggil masjid Alam Damai jer…memang tempat itu damai.Dah banyak kali kami buat program kat situ. Belakang masjid itu ada Alam Barzarkh iaitu kubur orang islam..oleh itu, pergi ke masjid ini sangatlah menginsafkan diri.

Kira program ini macam pengisian rohani: ada ceramah2 agama, LDK, bedah buku Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abas As-Sisi yang sangat2 BEST rupanya buku itu (cakap tntg bagaimana nak mulakan percakapan dengan orang yang 1st time jumpa and at the same time to promote what islam is all about).

Then gi Masjid Besi di Putrajaya lepas main paddle boat di Wetland.Canteeek sangat masjid tu.tak de dinding & guna fresh air je.Hebat deh!

Tapi kesian pengarah program which is also my fren, Q.

Penat susun program tapi mesti ramai bagi alasan tak boleh pergi. Ramai bagi alasan tengah cuti sekarang, susah beli tiket lagi nak balik KL semula. Aku pun memang hajat taknak pergi, tapi kita dah lama hidup kan, tahu susah payah nak buat program camner. So, datanglah jugak.

Tapi memang berbaloi. Siap dapat duit baki yuran lagi sebab banyak aktiviti cancel dan makanan memang No hal langsung coz makcik2 ajak makan kat umah dia je..lagi2 musim buah…Ade derian; raja buah, ade manggis; permaisuri buah, ade cempedak, ade rambutan dan buah yang pertama kali aku tengok dalam hidup ialah buah sentul besar. Sebab besar, jadi aku tak kenal.En. Zulpermatang Badak mesti kenal buah ni ox? Kita kenal yg kecik je.

Sentul besar dan kecik.


Sebelum pergi program itu, balik asrama dulu,Daftar masuk, pastu dapat tahu kena pindah dari Blok B ke Blok A. ishhh….ni malas ni nak ngangkut barang2 berkotak bagai rentas blok.

Tiap2 semester tukar rumah@ asrama sebab asrama kami bukannya asrama biasa.

Kami tinggal sekali dengan orang awam. Maklumlah tinggal kat kampus cawangan, semua benda menumpang je.Nasi baik ade 3 orang lagi my fren. So, kami angkut barang guna troli kecik dari pukul 4 petang, stop maghrib jap, sampai kul 9 malam baru siap.Nasib baik weekdays, kalau weekend org2 tgh tido , kita pulak bising duk ngangkut barang.

Sebahagian beban yg diangkut..

Yang kelakarnya sebab DAHAGA tahap giga , kami jumpa air dlm botol mineral (yg tertulis kat botol tu la tapi x tau la kesahihannya..) dalam peti ais rumah kami yang tak On lagi suisnya.

Aku amik, bacala doa sikit supaya kalau ni air makcik cleaner dulu punya, tak bersih ke ape ke , at least aku da doa..hehe… Bacala Bismillahillazi La Yadhurru Maasmihi Shai ‘un Fil Ardhi Wala Fissama’i Wahuassami’ul Alim….Gulp. TELAN.WAAAAAAAAAAAAAA… hilang dahaga…

Tak cukup dengan itu, kami on suis peti ais dan refill AIR PAIP. PENUH BOTOL .Then, sambung ngangkut, bila da habis SEMUA barang, aku amik air botol tadi, geledah kotak barang rumah kami dulu yang terisi Makanan & Minuman yg tidak dituntut, jumpa air Sunquick dan gula. Malangnya…Sunquick itu dah expired 2 bulan yg lepas.Kawan aku cakap redah je .Tapi aku tak sanggup telan dah la tengah lapar, air tu air Oren, expired 2 bulan yg lalu pulak tu…OOOoooo, x mau x mau.

Dengan hati yang terguris sebab x dapat merasa Sunquick, aku geledah lagi kotak tadi…Wah! Aku jumpa Sunquickt len.Perasa Oren ditambah mangga.Lagi sedap, x expired lagi.YEAY! Akhirnya aku dapat minum air Sunquick…walaupun dikuca @ di ‘shake’ dalam botol bersama gula dan air paip sejuk jer….Orange Shake!goncang2 minum!


Yang ni guna yg tak expired lagi..tutup kuning tue.


Nasib baik tiada perut yg sakit. Berkat baca doa kot. Semua kuman dah mati…hehe…tapi kot2 dah immune dengan air paip.Ala, air yang beli mana2 kedai sekarang ni bukan le caye pong. Entah2 air paip jugak….


Anyway, lepas camping, balik rumah semula di Kuantan. Tok se duk lama2 asrama..Bosan deh.

Kena gi medical posting pulak nextweek…. Buku tak bace lagi…Kena tanya nagan Doktor Medic kang wat nanye je…hai…

Sunday, July 3, 2011

The thrill of being a stalker..MuaHAHAHAHA

Nak tau definisinya stalker is ...http://en.wikipedia.org/wiki/Stalker ....bace sendiri.pjg benor tulisnya.Tapi senang citer stalker ni macam psycho.obses sgt dgn org lain sampai semua benda pasal org tu nak tau.

Gambar google...giler psycho...seram ox kelih?

Tapi ni nak cakap pasal http://www.urbandictionary.com/define.php?term=facebook%20stalker ha! stalker on facebook! Ade yg kena tangkap tau.jangan tak tau.

Aku bukanla stalkying org dgn niat jahat.ni hobi masa lapang je.kekadang je buat.bila xde keje do'oh. Kt bawah nanti aku cakap nape nak stalk org versi baik @ versi budak2 remaja kat mesia nih..Tapi aku bukan psycho ya.Ni budak2 sekelas aku rajin gk.Selain search pasal study la kan.


Seronok jugak cari orang kat fb nih.

Kenapa nak stalker orang?

(ayat ni salah sebenarnya coz stalker is noun @ kata nama dan aku telah jadikannya adverb @ kata kerja…harap cikgu BM ak x marah ^ ^, haha )

Sebab satu:

Nak tahu sape budak tu sebenarnya, curious sebab macam kenal je…umur, keje ke, belajar lagi ke, kat mane, single lagi ke? Hahaha…last sekali tu menyimpang je :P :P :P

Sebab dua:

Sebab syok kat orang tue...kecik je tulis coz malu nk ngaku ..HAHAHAHAHA..ni baru bole guna untuk pernyataan yang menyimpang di atas.

Sebab tiga:

Nak tengok gambar depa tunang ngan sape, kawen ngan sape..kawen tema kaler ape, nak2 orang yang suka berahsia. lagi la aku nak carik gambar2 depa. Biasanya aku berjaya.Yess! Terima kasih kawan2ku yang membantu…hehe nampak sangat ni hobi yang diminati ramai.

Pengalaman jadi stalker yang paling tak dapat dilupakan:

Bila aku cari sorang ni sebab nombor dua..(0_~) …ngeh ngeh...taip nama penuh tak kuar kat fb. Frust betoi..ni sebab tak pakai nama betol la nih..huh. ramai ngada2 tak pakai nama penuh sebab nak suruh orang susah stalker kan??kan? (nada tak puas hati).

Then, try google lak. Maklumla org yg aku cari ni agak famous. Memang kuar nama tapi kat portal rasmi…ces! Wat pe. Tak membantu langsung…..kaciwa.

seminggu try google segala bagai tapi takde hasil.

Pastu terlintas difikiranku yang bijak ni untuk buka satu link portal tak berapa rasmi tentang org ni….haha, ade nama best fren die…orait, cari kat fb….tadaaaa! bukak bahagian photo (thanks sebab tak privatekan gambar..hihi), AKHIRNYA AKU JUMPAAAAA gambarnya ngan bes frennya.YES!YES!YES!ade link fb kat situ….patotla memang pakai nama len…. pingat emas untuk kamooo HAW.

Then , ape lagi aku pon tgkla photo2 nya yang tak di privatekan jugak.Maklumlah budak2 suka CG(cari glamour) ni senang je …dimana ade kamera disitu dia ade…aku pong same…mengata orang lak…

Hai, macam2.

Kebaikan jadi stalker

Takde kot….sekadar memenuhi perasaan ingin tahu yang Allah kurniakan semulajadi pada manusia…

Bagoooos nya kalau semangat jadi stalker org ni ade masa aku nak cari pasal pelajaran….Dushh Dush amek kaw!

Kesimpulan

In the nut shell, seperti aku punya ayat karangan BI yang biasa untuk ending, stalker2 pun jangan sampai membazir masa berjam2. Dah stalk2, kalu nak fren, add la. Tambah kawan. Taknak add, tutup je. Google pelajaran pulak.Full stop.

Then, da cari2 tapi sme detail die privatekan, maksodnya die taknak orang amek taw pasal die lahtu. @ bukan golongan CG atau berhati2.

Lagi satu, nasehat diri sendiri jugak , jagalah pandangan mata. Ingat kita stalker org, tapi ade yang sentiasa memerhatikan kita dengan siap buku CACATan lagi .Eh silap , buku cATATan.

Renung2kan, selamat beramal.(Pinjam ya ayat Prof. izzi.....)