Friday, July 8, 2011

Balik Asrama..Tak Mahu Tapi Perlu & kisah Orange Shake!

Hari Isnin lepas balik asrama sekejap.

Ada camping dalam hutan sepatutnya tapi disebabkan kehadiran yang SANGAT SIKIT…kena tukar jadi camping dalam masjid…Masjid Al- Mukhlisin di Alam Damai, KL.

Tapi kami panggil masjid Alam Damai jer…memang tempat itu damai.Dah banyak kali kami buat program kat situ. Belakang masjid itu ada Alam Barzarkh iaitu kubur orang islam..oleh itu, pergi ke masjid ini sangatlah menginsafkan diri.

Kira program ini macam pengisian rohani: ada ceramah2 agama, LDK, bedah buku Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abas As-Sisi yang sangat2 BEST rupanya buku itu (cakap tntg bagaimana nak mulakan percakapan dengan orang yang 1st time jumpa and at the same time to promote what islam is all about).

Then gi Masjid Besi di Putrajaya lepas main paddle boat di Wetland.Canteeek sangat masjid tu.tak de dinding & guna fresh air je.Hebat deh!

Tapi kesian pengarah program which is also my fren, Q.

Penat susun program tapi mesti ramai bagi alasan tak boleh pergi. Ramai bagi alasan tengah cuti sekarang, susah beli tiket lagi nak balik KL semula. Aku pun memang hajat taknak pergi, tapi kita dah lama hidup kan, tahu susah payah nak buat program camner. So, datanglah jugak.

Tapi memang berbaloi. Siap dapat duit baki yuran lagi sebab banyak aktiviti cancel dan makanan memang No hal langsung coz makcik2 ajak makan kat umah dia je..lagi2 musim buah…Ade derian; raja buah, ade manggis; permaisuri buah, ade cempedak, ade rambutan dan buah yang pertama kali aku tengok dalam hidup ialah buah sentul besar. Sebab besar, jadi aku tak kenal.En. Zulpermatang Badak mesti kenal buah ni ox? Kita kenal yg kecik je.

Sentul besar dan kecik.


Sebelum pergi program itu, balik asrama dulu,Daftar masuk, pastu dapat tahu kena pindah dari Blok B ke Blok A. ishhh….ni malas ni nak ngangkut barang2 berkotak bagai rentas blok.

Tiap2 semester tukar rumah@ asrama sebab asrama kami bukannya asrama biasa.

Kami tinggal sekali dengan orang awam. Maklumlah tinggal kat kampus cawangan, semua benda menumpang je.Nasi baik ade 3 orang lagi my fren. So, kami angkut barang guna troli kecik dari pukul 4 petang, stop maghrib jap, sampai kul 9 malam baru siap.Nasib baik weekdays, kalau weekend org2 tgh tido , kita pulak bising duk ngangkut barang.

Sebahagian beban yg diangkut..

Yang kelakarnya sebab DAHAGA tahap giga , kami jumpa air dlm botol mineral (yg tertulis kat botol tu la tapi x tau la kesahihannya..) dalam peti ais rumah kami yang tak On lagi suisnya.

Aku amik, bacala doa sikit supaya kalau ni air makcik cleaner dulu punya, tak bersih ke ape ke , at least aku da doa..hehe… Bacala Bismillahillazi La Yadhurru Maasmihi Shai ‘un Fil Ardhi Wala Fissama’i Wahuassami’ul Alim….Gulp. TELAN.WAAAAAAAAAAAAAA… hilang dahaga…

Tak cukup dengan itu, kami on suis peti ais dan refill AIR PAIP. PENUH BOTOL .Then, sambung ngangkut, bila da habis SEMUA barang, aku amik air botol tadi, geledah kotak barang rumah kami dulu yang terisi Makanan & Minuman yg tidak dituntut, jumpa air Sunquick dan gula. Malangnya…Sunquick itu dah expired 2 bulan yg lepas.Kawan aku cakap redah je .Tapi aku tak sanggup telan dah la tengah lapar, air tu air Oren, expired 2 bulan yg lalu pulak tu…OOOoooo, x mau x mau.

Dengan hati yang terguris sebab x dapat merasa Sunquick, aku geledah lagi kotak tadi…Wah! Aku jumpa Sunquickt len.Perasa Oren ditambah mangga.Lagi sedap, x expired lagi.YEAY! Akhirnya aku dapat minum air Sunquick…walaupun dikuca @ di ‘shake’ dalam botol bersama gula dan air paip sejuk jer….Orange Shake!goncang2 minum!


Yang ni guna yg tak expired lagi..tutup kuning tue.


Nasib baik tiada perut yg sakit. Berkat baca doa kot. Semua kuman dah mati…hehe…tapi kot2 dah immune dengan air paip.Ala, air yang beli mana2 kedai sekarang ni bukan le caye pong. Entah2 air paip jugak….


Anyway, lepas camping, balik rumah semula di Kuantan. Tok se duk lama2 asrama..Bosan deh.

Kena gi medical posting pulak nextweek…. Buku tak bace lagi…Kena tanya nagan Doktor Medic kang wat nanye je…hai…

2 comments:

  1. wei ari 2 ak minum air oren dlm peti ais...x expired n halalkn ek..he3

    ReplyDelete
  2. minum2! tafaddol mashkuro!
    mmg letak dlm peti es utk tetamu yg dtg.hehe

    ReplyDelete