Saturday, July 23, 2011

DOKTOR HEBAT!....bukan senang

Alhamdulillah..posting General Medicine dan General Surgery (GM & GS)dah berakhir walaupun cuma dua minggu..ia berkenaan pembedahan umum dan perubatan umum.

Secara ringkas ni aktiviti kami di hospital.

...ikut houseman (HO)ward round.

pastu ikut ward round HO present case pada Medical Officer (MO)

pastu ikut pula ward round MO present pada specialist....

Sape rajin, pergi ward round petang dan malam.

Sape extra rajin, ikut doctor ambil darah pesakit pukul 4 pagi...hoho...(pastinya bukan aku yang pergi)


Minggu pertama, di wad General Surgery agak membosankan.

These are the reasons:

1. Pihak hospital baru kali pertama menerima kedatangan pelajar pergigian ke hospital mereka.Jadi mereka agak terkejut dan tak tahu nak ajar apa dan nak suruh ambil darah pesakit pun tak berani.

Jadi kami ikut je HO, MO dan specialist ward round pagi2. Ade HO yang baik dia terangkan jugak sikit2 kat kami.huhu pahamla jugak pesakit tu sakit apa dan kena bedah kenapa.

2. Ward round kat wad ni sangat sekejap untuk setiap pesakit. Jadi , kami tak dapat peluang nak tanya.

3. . Ada medical registra( MO yang nak jadi specialist) cakap kat kami...’Why dental is here r?i mean , there is nothing related to dental in this ward. If i were you, i will go home’....macam tula lebih kurang..

Macam ni sebenarnya, untuk grad sebagai seorang doctor gigi, kami kena belajar basic science. Jadi, perkara2 seperti GM dan GS ini perlu kami tahu..yela, kalau nak rawat gigi orang, kena tahu orang tu sihat ke tidak. Yang datang ke klinik tu bukannya gigi seketul je tapi gigi dan orangnya sekali.

Lagipun, ada beberapa penyakit di badan boleh dikesan awal oleh doctor gigi melalui tanda2 di mulut....contoh penyakit Peutz Jegher Syndrome iaitu ada polyp di sepanjang salur makan dalam badan.Tanda kat mulut ialah banyak pigmentation iaitu tompok2 coklat. Nah! Kalau doctor gigi tu pandai dia akan refer terus ke pakar untuk selamatkan pesakit itu....

Minggu kedua, GM....setelah jumpa salah seorang specialist yang jaga wad GM ini, kami rasa sangat gembira kerana kedatangan kami amat dialu2 kan dan dia sangat mengambil berat akan kami. Lain bebenor dengan wad GS....

These are the reasons:

1. Walaupun ni kali pertama mereka terima dental student, disebabkan ada specialist kat situ dah biasa dengan dental student masa di UKM, jadi specialist tu dah inform specialist lain dan MO tentang kehadiran kami. Kami juga diberi keizinan utk pasang branula dan ambil darah pesakit.

2. . Ward round di GM sangat lama sebab banyak benda kena cek.Kami suka ikut ward round bila ada specialist sebab dia soal kami dan tak marah kalu tak dapatt jawab.Siap ajar lagi!! Terharu2...maklumla belajar subjek GM, GS masa tahun 3 tapi posting dah nak dekat final year....mau kena korek otak kat mana simpan ilmu tu dulu.

Yang best...

1. Rasa macam mana perasaan HO dimarah depan2 pesakit. Betullah orang kata, HO busy.hidup macam tak terurus.Hanya mereka yang bijak urus masa, proaktif dan mudah terima teguran specialist baru boleh belajar dan jadi doctor yang hebat. Selamat berusaha HO sekalian!!

2. Dapat masuk Operation Theatre dimana doctor guna teknik Laparoscopy untuk buang batu karang dalam pundi hempedu. Kecik je batu tu tapi pesakit sangat sakit.sebab tu kena bedah.

3. .Pengalaman memujuk seorang pesakit Down Syndrome berusia 25 ++ untuk mencabut wayar dialisis di paha (femoral catheter). Kami dental student kena menyanyi ramai2lagu rasa sayang, harijadi, lagu cina pun ade nak pujuk pesakit tapi tak jadi jugak...lepas sejam lebih last2 kena pegang je ramai2.Nyaris kami kena tendang.Siap dapat perkataan BODOH lagi ....nak buat macam mana..kesian jugak tengok dia.

4. Ramai jugak orang sakit buah pinggang. Jadi, dapat tengok pembedahan kecil untuk pasang wayar dialysis di leher (IJC, Internal Jugular Catheter) dan di peha (Femoral Catheter)..semua dibuat dengan bius local je. Maksudnya pesakit sedar....hoho.. bila tengok HO buat IJC, teringat ma pun buat ni jugak dulu sebelum buat fistula di tangan...I tend to appreciate what is happened to ma more.procedure tu tak la sakit sangat, sikit je tapi kalu ada orang yang kenal disisi kan lebih bermakna bagi pesakit.Nak tengok macan mana depa buat try search IJC procedure di youtube.

5. Yang ni bukan best ape tapi tak dapat nak lupa.Pesakit ni kami datang je dah nazak.lepas beberapa minit meninggal.pesakit ada penyakit kerosakan hati. Aku sempat intai history pesakit kat nota HO, ade sejarah hisap rokok dan minum arak masa muda2.patutla,JAUHILAH ROKOK DAN ARAK.

6. Ade pesakit masuk sebab sakit paru2...batuk2....kerana ROKOK. Kena tarbiyah dengan specialist sikit. Yela pesakit ramai. siap kena extend tambah katil tapi pesakit tu masuk sebab salah sendiri. Taknak ubah habit jugak.kesian pesakit yg betul2 sakit bukan salah sendiri.

7. Ada budak umur 13 tahun patah kaki, tangan dan tulang punggung sebab bawa motor tak pakai helmet .sorang lagi sepupu dia kritikal di ICU. Diorang bawa motor kat kampung je langgar pokok. Tapi memang kena pakai helmet even nak pergi beli telur kedai depan pun...Bahaya.

Last sekali, terima kasih kepada Dr. Sharifah yang sanggup melayan kami ,ajar kami basic ECG ...hehe

Terima kasih juga pada Dr. Nurin yang sempoi...sanggup bawa kami pergi wad emergency tengok Doktor ajar Ho buat IJC.

Terima kasih juga kepada senior medical kami, kak Mira yang sanggup bawa kami meyelinap ke wad O&G menyamar sebagai Medical student..hehe...Alhamdulillah kami datang je ade sorang pesakit nak bersalin. Dapat tengok delivery seorang baby girl...Huhu...sakitnya...sebaba tula syurga bawah tapak kaki ibu. Love u ma!

Semoga kita semua menghargai jasa doktor pada kita tak kirala doktor perubatan ke, gigi ke, veterinar ke....yang penting semua berbakti untuk kesihatan semua.

No comments:

Post a Comment