Wednesday, January 11, 2012

HUSM Kubang Kerian! Doctor Best!



Posting seminggu untuk Dental Department di Tanah tumpah darahku....
2 orang sekali posting..

Seminggu cukupla.


Check in bersama sorang classmate di Kays Exclusive Motel belakang Radix Fried Chicken...memang exclusive pon!Best.dekat pulak tu dgn HUSM.

So, bila ade on call bole lari2 terus gi tempat Accident & Emergency (A&E).

Dulu tertanya2 macam mana rasa bertugas utk on call....hehe...

Brdebar tunggu handphone berbunyi..dari pukul 5 petang sampai 7 pagi rasanya kena alert..kena pastikan bateri FULL...

First on call masa nak tengah Solat Maghrib, dah hampar sejadah alik2 KRiiiiing! ade call dari first year dental officer (FYDO) USM sbb tagging dgn dia........
(FYDO:hello?ade on call loni nih...mari ah kat A& E deh?)
(HAW: Ho ho...mekasih deh royak)

sampai2, FYDO pun x sampai lagi..huhu..semangat lari lajuuuu amat.

Malam tu balik jama' takhir sbb masih dlm 3 hari lagi tempoh musafir..tapi kalau de emergecy macam ni dan bukan musafir pon , ustazah sekolah kata boleh jama' solat sebab niat belajar....terperangkap dlm traffic jam pon boleh jama' klu terlps waktu solat.

Second on call tengah makan nasi pukul 7 malam....ni dapat mesej dari doctor gigi yang tgh ambil Master bidang Pembedahan Mulut(Oral Surgeon) sebab tagging dengan dia pulak.
(Doctor: ade case on call kalu nak datang)
(HAW: Ok, tq)

Ade orang kena tangki gas meletup kat muka.umur 20 tahun.tengok doctor cuci luka, buang cat tangki gas masuk dalam luka...kesian tengok bile dia dengar suara mak dia, dia hulur tangan suruh mak dia jangan balik.Doctor jahit bibir atas dan bawah sebab terbelah dan jahit lelangit mulut sebab pecah...kat tepi mata pun terkoyak tapi refer pakar bedah plastik sebab takut jahit nanti x kemas..
Habis jahit sampai pukul 9.30 malam.Balik jama' solat sebab darurat dan sambung makan nasi.Keras doh nasi...hmm.
Moral: Hati2 masa baiki enjin apa yang ada tangki gas!


Third on call masa tengah tengok Hindustan pukul 10 malam..walaupun dah tgk cerita tu banyak kali..tiba2 dapat mesej lagi....ayat mesej sama...forward je kut ^^
(Doctor: ade case on call kalu nak datang)
(HAW:Ok, tq)

Macam biasa, sebab pecut laju sangat , kami sampai dulu. Bila doc datang boleh terus assist...Ni pesakit accident motor ngan lori..patah kaki kanan.Lepas doktor tulang balut yang patah,
doktor bius bagi ubat,doktor gigi pulak datang(Kamilah! hehe walaupun ikut je belakang doktor). Doktor cek dalam mulut tengok lidah terangkt sekat salur pernafasan..patutla awal tadi nampak ade tiub pasang kat tepi mulut utk bagi dia nafas.Doktor bius dah bagi ubat tidur untuk doktor gigi buat keje sebab pesakit tak leh duk diam.sakit kot.

Bila lidah terangkat, doctor suspect rahang bawah mulut patah.cek2 memang pon patah! so kena pasang wayar kat gigi nak ikat supaya tulang tu bercantum kembali.


Atas ni hasil kerja keras google cari gambar.gambar pesakit susah nak ambil takut jadi isu mdicolegal pulak sebab dia tak sedar tadi.

Gmbar 1: rahang bawah dia terbelah dua kat tengah.Doc cek dengan gerakkan rahang dan nampak rahang bergerak .

Gambar 2: wayar besi stainless steel nama Eyelet untuk pasang kat celah gigi untuk rapatkan tulang rahang.

Gambar 3:Cara pasang wayar...bagi bius lucal dulu pastu ikat macam step 1, 2,3 dan 4 seperti dalam gambar. Susah jugak tengok doctor pasang.Skill mesti bagus.

Gambar 4: Pusing hujung wayar supaya bersimpul.ada teknik pusing.Menarik...ala2 pusing pistol gaya koboi.

Gambar 5: Contoh gambar wayar pada pesakit.tapi pesakit tadi ikat kat 2 batang gigi depan bawah sahaja.

Selain on call....

1. Tengok doktor pasang implant.Senang je tapi kena tau angle nak masuk macam mana.
2. Tengok pesakit patah tulang muka umur 15 tahun,pembonceng motor,
TIDAK PAKAI HELMET!, drebar motor yang dia berlanggar tu maut. Kena masuk OT baiki tulang muka.

Hari Jumaat ni kena datang kelas dah...huhu.Tak dapat cuti...nasib baik tiket bas boleh claim.tapi biasanya lambat lagi dapat balik duit...

Nasib baik dapat makan kuih tradisional yang dah lama x makan kat Kelantan ni, Nasi Kak Wook yang femes dan ikan bertelur hihi...(Shishami Fish di Ichiban)-ikan ni telur je besar , isi sikit...doctor pakar yang baik hati belanja kami.Dia bagi nama ikan tu ikan bertelur...Walaupun kat KL ade Ichiban tapi ni orang belanja mestilah lagi sedap rasanya...


Disini layanan doktor berbeza dari di Temerloh~mungkin sebab ni posting dengan Doktor gigi...jadi dekat di hati sikit dan banyak nak ajar sikit.

Kesimpulannya, medical posting dan Dental posting sangat membantu student macamku...huhu.
Provided kena revise balik apa yang dah belajar.Terima Kasih Doktor!


No comments:

Post a Comment