Friday, July 8, 2011

Balik Asrama..Tak Mahu Tapi Perlu & kisah Orange Shake!

Hari Isnin lepas balik asrama sekejap.

Ada camping dalam hutan sepatutnya tapi disebabkan kehadiran yang SANGAT SIKIT…kena tukar jadi camping dalam masjid…Masjid Al- Mukhlisin di Alam Damai, KL.

Tapi kami panggil masjid Alam Damai jer…memang tempat itu damai.Dah banyak kali kami buat program kat situ. Belakang masjid itu ada Alam Barzarkh iaitu kubur orang islam..oleh itu, pergi ke masjid ini sangatlah menginsafkan diri.

Kira program ini macam pengisian rohani: ada ceramah2 agama, LDK, bedah buku Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abas As-Sisi yang sangat2 BEST rupanya buku itu (cakap tntg bagaimana nak mulakan percakapan dengan orang yang 1st time jumpa and at the same time to promote what islam is all about).

Then gi Masjid Besi di Putrajaya lepas main paddle boat di Wetland.Canteeek sangat masjid tu.tak de dinding & guna fresh air je.Hebat deh!

Tapi kesian pengarah program which is also my fren, Q.

Penat susun program tapi mesti ramai bagi alasan tak boleh pergi. Ramai bagi alasan tengah cuti sekarang, susah beli tiket lagi nak balik KL semula. Aku pun memang hajat taknak pergi, tapi kita dah lama hidup kan, tahu susah payah nak buat program camner. So, datanglah jugak.

Tapi memang berbaloi. Siap dapat duit baki yuran lagi sebab banyak aktiviti cancel dan makanan memang No hal langsung coz makcik2 ajak makan kat umah dia je..lagi2 musim buah…Ade derian; raja buah, ade manggis; permaisuri buah, ade cempedak, ade rambutan dan buah yang pertama kali aku tengok dalam hidup ialah buah sentul besar. Sebab besar, jadi aku tak kenal.En. Zulpermatang Badak mesti kenal buah ni ox? Kita kenal yg kecik je.

Sentul besar dan kecik.


Sebelum pergi program itu, balik asrama dulu,Daftar masuk, pastu dapat tahu kena pindah dari Blok B ke Blok A. ishhh….ni malas ni nak ngangkut barang2 berkotak bagai rentas blok.

Tiap2 semester tukar rumah@ asrama sebab asrama kami bukannya asrama biasa.

Kami tinggal sekali dengan orang awam. Maklumlah tinggal kat kampus cawangan, semua benda menumpang je.Nasi baik ade 3 orang lagi my fren. So, kami angkut barang guna troli kecik dari pukul 4 petang, stop maghrib jap, sampai kul 9 malam baru siap.Nasib baik weekdays, kalau weekend org2 tgh tido , kita pulak bising duk ngangkut barang.

Sebahagian beban yg diangkut..

Yang kelakarnya sebab DAHAGA tahap giga , kami jumpa air dlm botol mineral (yg tertulis kat botol tu la tapi x tau la kesahihannya..) dalam peti ais rumah kami yang tak On lagi suisnya.

Aku amik, bacala doa sikit supaya kalau ni air makcik cleaner dulu punya, tak bersih ke ape ke , at least aku da doa..hehe… Bacala Bismillahillazi La Yadhurru Maasmihi Shai ‘un Fil Ardhi Wala Fissama’i Wahuassami’ul Alim….Gulp. TELAN.WAAAAAAAAAAAAAA… hilang dahaga…

Tak cukup dengan itu, kami on suis peti ais dan refill AIR PAIP. PENUH BOTOL .Then, sambung ngangkut, bila da habis SEMUA barang, aku amik air botol tadi, geledah kotak barang rumah kami dulu yang terisi Makanan & Minuman yg tidak dituntut, jumpa air Sunquick dan gula. Malangnya…Sunquick itu dah expired 2 bulan yg lepas.Kawan aku cakap redah je .Tapi aku tak sanggup telan dah la tengah lapar, air tu air Oren, expired 2 bulan yg lalu pulak tu…OOOoooo, x mau x mau.

Dengan hati yang terguris sebab x dapat merasa Sunquick, aku geledah lagi kotak tadi…Wah! Aku jumpa Sunquickt len.Perasa Oren ditambah mangga.Lagi sedap, x expired lagi.YEAY! Akhirnya aku dapat minum air Sunquick…walaupun dikuca @ di ‘shake’ dalam botol bersama gula dan air paip sejuk jer….Orange Shake!goncang2 minum!


Yang ni guna yg tak expired lagi..tutup kuning tue.


Nasib baik tiada perut yg sakit. Berkat baca doa kot. Semua kuman dah mati…hehe…tapi kot2 dah immune dengan air paip.Ala, air yang beli mana2 kedai sekarang ni bukan le caye pong. Entah2 air paip jugak….


Anyway, lepas camping, balik rumah semula di Kuantan. Tok se duk lama2 asrama..Bosan deh.

Kena gi medical posting pulak nextweek…. Buku tak bace lagi…Kena tanya nagan Doktor Medic kang wat nanye je…hai…

Sunday, July 3, 2011

The thrill of being a stalker..MuaHAHAHAHA

Nak tau definisinya stalker is ...http://en.wikipedia.org/wiki/Stalker ....bace sendiri.pjg benor tulisnya.Tapi senang citer stalker ni macam psycho.obses sgt dgn org lain sampai semua benda pasal org tu nak tau.

Gambar google...giler psycho...seram ox kelih?

Tapi ni nak cakap pasal http://www.urbandictionary.com/define.php?term=facebook%20stalker ha! stalker on facebook! Ade yg kena tangkap tau.jangan tak tau.

Aku bukanla stalkying org dgn niat jahat.ni hobi masa lapang je.kekadang je buat.bila xde keje do'oh. Kt bawah nanti aku cakap nape nak stalk org versi baik @ versi budak2 remaja kat mesia nih..Tapi aku bukan psycho ya.Ni budak2 sekelas aku rajin gk.Selain search pasal study la kan.


Seronok jugak cari orang kat fb nih.

Kenapa nak stalker orang?

(ayat ni salah sebenarnya coz stalker is noun @ kata nama dan aku telah jadikannya adverb @ kata kerja…harap cikgu BM ak x marah ^ ^, haha )

Sebab satu:

Nak tahu sape budak tu sebenarnya, curious sebab macam kenal je…umur, keje ke, belajar lagi ke, kat mane, single lagi ke? Hahaha…last sekali tu menyimpang je :P :P :P

Sebab dua:

Sebab syok kat orang tue...kecik je tulis coz malu nk ngaku ..HAHAHAHAHA..ni baru bole guna untuk pernyataan yang menyimpang di atas.

Sebab tiga:

Nak tengok gambar depa tunang ngan sape, kawen ngan sape..kawen tema kaler ape, nak2 orang yang suka berahsia. lagi la aku nak carik gambar2 depa. Biasanya aku berjaya.Yess! Terima kasih kawan2ku yang membantu…hehe nampak sangat ni hobi yang diminati ramai.

Pengalaman jadi stalker yang paling tak dapat dilupakan:

Bila aku cari sorang ni sebab nombor dua..(0_~) …ngeh ngeh...taip nama penuh tak kuar kat fb. Frust betoi..ni sebab tak pakai nama betol la nih..huh. ramai ngada2 tak pakai nama penuh sebab nak suruh orang susah stalker kan??kan? (nada tak puas hati).

Then, try google lak. Maklumla org yg aku cari ni agak famous. Memang kuar nama tapi kat portal rasmi…ces! Wat pe. Tak membantu langsung…..kaciwa.

seminggu try google segala bagai tapi takde hasil.

Pastu terlintas difikiranku yang bijak ni untuk buka satu link portal tak berapa rasmi tentang org ni….haha, ade nama best fren die…orait, cari kat fb….tadaaaa! bukak bahagian photo (thanks sebab tak privatekan gambar..hihi), AKHIRNYA AKU JUMPAAAAA gambarnya ngan bes frennya.YES!YES!YES!ade link fb kat situ….patotla memang pakai nama len…. pingat emas untuk kamooo HAW.

Then , ape lagi aku pon tgkla photo2 nya yang tak di privatekan jugak.Maklumlah budak2 suka CG(cari glamour) ni senang je …dimana ade kamera disitu dia ade…aku pong same…mengata orang lak…

Hai, macam2.

Kebaikan jadi stalker

Takde kot….sekadar memenuhi perasaan ingin tahu yang Allah kurniakan semulajadi pada manusia…

Bagoooos nya kalau semangat jadi stalker org ni ade masa aku nak cari pasal pelajaran….Dushh Dush amek kaw!

Kesimpulan

In the nut shell, seperti aku punya ayat karangan BI yang biasa untuk ending, stalker2 pun jangan sampai membazir masa berjam2. Dah stalk2, kalu nak fren, add la. Tambah kawan. Taknak add, tutup je. Google pelajaran pulak.Full stop.

Then, da cari2 tapi sme detail die privatekan, maksodnya die taknak orang amek taw pasal die lahtu. @ bukan golongan CG atau berhati2.

Lagi satu, nasehat diri sendiri jugak , jagalah pandangan mata. Ingat kita stalker org, tapi ade yang sentiasa memerhatikan kita dengan siap buku CACATan lagi .Eh silap , buku cATATan.

Renung2kan, selamat beramal.(Pinjam ya ayat Prof. izzi.....)



Wednesday, April 6, 2011

Exam mode..?!...


Bosan dengan orang sekeliling....
Dah lama sangat kenal kot...

Orang cakap, secara teori, dalam usia pertama perkahwinan ibarat syurga dunia..semua indah..
Bila masuk 5 tahun kemudian konflik besar mula timbul....
Tapi bukan bab kahwin yang nak dibangkitkan di sini....

Bab rakan-rakan sekelas...
Dah 5 tahun kami bersama....
Teori kahwin tu macam menJADI betol...hoho.
Dah lama sangat kenal sampai dah kenal perangai masing2..
Tapi tak tahu kenapa sekarang semua suka marah2, cepat terasa, pendam sana pendam sini,termarah orang tu termarah orang ni, termengata si polan si polan...(ada certain things sengaja sebenarnya walaupun ada perkataan ter.. kat depan ayat...huhu).

Tak suka la..
orang nak exam ni...

Ada rakan buat inferens(kesimpulan awal) iaitu:

1.Disebabkan semua orang kena kejar requirement, semua orang jadi pentingkan diri

-->prasangka melanda bila orang lain dapat patient dengan kes yang banyak..nak2 bila orang tu jer asyik banyak sedangkan partner clinic dia kekurangan kes. orang duk pikir, tamaknya dia.

Tapi, hakikatnya hanya orang itu dan partner je yang tahu...mungkin mereka ok saje tapi orang sekeliling yang lebih2....mungkin juga mereka memang ada konflik dalaman...

2.Disebabkan semua orang kena kejar requirement, semua orang jadi Stress.

-->YA! itu sebenarnya...kami pelajar Gigi telah disahkan akan STRESS setelah masuk klinikal...terutama bila tiba hujung minggu...ok, minggu ini nak panggil patient mana...sebelum makan, pikir dah ada patient belom? kalau tak ade, makan pun macam tak makan...sebelum tido pikir dah ada patient belom...kalau takde menggagau la cari patient...call kawan tu call kawan ni...Tolongla bagi patient....huhu...pastu moody.kawan tanya sikit, terus marah2...(what's that? *rubbish ...) * nonsense

Disebabakan perkara2 ini tersimpan je dalam hati, maka hati telah jadi tidak tertanggung lagi...patutla kawan mintak tolong pun semua berat hati....hohoho...

Diharapkan kami dapat menyucikan hati masing2 sebelum exam..
Pernah terjadi seseorang yang pandai tetapi tidak berjaya dalam exam disebabkan masalah sesama kawan sahaja...

Mungkin salah sistem yang kejam, mungkin salah requirement, tapi yang paling mungkin ialah SALAH DIRI SENDIRI.

Kalau anda rasa kawan anda salah, tegur dia.(kena pikir ayat sesuai pulak...tension2)
Kalau and terasa, bilang sama dia. (kalau la senang macam tu..(8_0)....)
Kesimpulannya, communication. So, tiada masalah hati simpan itu, hati simpan ini...Talk to your friends.

ok, nanti kami ada sesi bermaafan dan solat Hajat. Harap semua masalah boleh CLEAR.

Doakan kami berjaya SEMUA satu kelas dalam Proffesional Exam Ke-4 ini...huhu nak balik rumah...tak mau reseat paper....

Saturday, April 2, 2011

ANDAI RASULULLAH BERSAMA KITA


Hati wanita ini....
Tersentuh apabila ditanya jika Nabi datang kepadanya, apa yang akan dikatakan kepada Nabi...
Tak terkata reaksinya....
Cuba fikir apa jawapan anda(jawab dalam hati masing-masing ya)

Sesungguhnya hati wanita ini hidup...
Jika hati anda tidak terasa apa-apa pada saat anda menghayati video di atas...cek balik diri anda..
mengapa begitu...
Hanya ada 2 kemungkinan: hati telah rosak(secara rohani) atau hati telah mati sehingga tidak terkesan apa-apa.
Sama-sama kita muhasabah......

MACAM MANA NAK MUHASABAH???TOLONG...

Sebelum tidur...
Fikir sekejap...apa yang dibuat pada hari ini...
lebih baik dari hari sebelum@ sama@ lagi terok?
fikir kenapa jadi begitu,
fikir macam mana nak ubah...

Contoh mudah:

Ali (bukan nama sebenar), berfikir "hari ini TER mengata tuttt tuttt laaaaa..bukan hari ni jer...da banyak kali lorrr...tapi memang salah dia...bercakap tak fikir perasaan orang..huh.asal cakap jer dialah yang terbaik"...alamak mengata lagi nih...(jangan tiru ini)..

Ali cakap lagi dalam hati"Kenapa macam ni?, dulu aku husnu zhon dengan orang....
Tak boleh jadi ni..nanti bila kumpul banyak-banyak jadi huqdu pulak"....(huqdu kalau nak tahu ialah kemarahan yang tersimpan..boleh meletus dek sebab kecil je yang dibuat oleh orang yang tidak disukai itu)."

"Tak boleh jadi nih.aku kena jumpa dia personally dan tegur sikit cara cakap.Cakap depan orang lain aib pulak dia...ok, esok aku jumpa dia.mungkin dia tak sedar."

Itulah contoh Ali yang baik.

Satu lagi tips nak lupakan api kebencian pada seseorang ialah dengan memberi hadiah kepadanya(hadiah yang baik of course, bukan Mr.katak, bukan Ms. Ulat Beluncas.... :P....).
InsyaAllah marah itu akan dikikis sikit2 dari
hati kita bila kita gembirakan orang yang tak disukai itu..... hopefully..^_^

JOm kita muhasabah!






Apa Nak Jadi Denture Ini?


Hari Ceria
Aku melangkah masuk ke Prosthodontic Lab(Makmal Pembuatan gigi palsu)
muka tersengih-sengih
Yea! Alhamdulillah..
Sempat pun masak denture(gigi palsu) semalam
dah cukup 7 jam masak
SEkarang boleh bukak Flask
Jeng Jeng Jeng.....

T_T
sob.. sob....ish ish...
porous...

Itulah hari gigi aku tak dapat nak sempurnakan hasrat Pakcik Nasi Lemak untuk dapat gigi baru setelah hampir 2 tahun menunggu...
KECEWA
AMAT
SEDIH
BANGAT

Waktu klinik seterusnya....
ku panggil pak cik Nasi Lemak ke klinik untuk ambil ukuran gigi semula..
Tak jadi
Serba serbi tak kena
You can not proceed like this..NO NO..cannot.call him next time...do occlusal rim again..Doktor Pakar yang supervised cakap kepada ku....
Ha? repeat step awal??
Waaaaaaaa waaaaaa
Maaf pak cik.
Student ini tak cukup skill
Pasti kamu kecewa sama saya...

Dah cakap kat dia dulu..lepas ni boleh datang try gigi b
aru...
alih-alih buat semula
kena datang banyak2 kali semula


Kamu bisa jadi doktor ka begini?
sila buat sesuatu dengan tangan anda HAW....
Tangan berseni datanglah.....


Tuesday, March 1, 2011

Lihat Dunia Dari dimenSi AkHirat


Sometimes we feel sad, (i feel sad T_T)
Because.....
we did not get what we want,

we expect something but it turn you down,

we really want to help others but you could not,

and why others get it but not me?

Answers:

if Allah wanted to give something to someone, no one can stop it...

and if Allah does not want you to have someting, no one can give it to you...but do not be sad because he want you to have something BETTER.

Don not be sad,Allah is with us.

Look at world in the in a broder perspective..

InsyaAllah you will find your way.


Kisah sebenar :P

p/s:sudah masak gigi palsu tapi tak jadi...T_T
berlubang-lubang...material tak set lagi dah masak....harapan untuk bagi ke pakcik Nasi lemak esok berkecai.. kena ulang step kedua terakhir balik.....sedey orang lain dah isu lagi gigi palsu yang entah ke berapa kali buat entah...ni satu pun tak siap-siap...
gambar gigi palsu diatas diambil sebelum saya libatkankan ia dalam keMALANGan hari ini.Itu step kedua terakhir ,then masak je untuk keraskan lilin yang warna merah tu.So, kena buat lilin tu semula dan selamatkan gigi acrylic yang dah disusun tu...

satu lagi masalah,da dapat streamyx tapi laptop purba ni tak dapat detect.kami bertiga yang bertungkus lumus daftar,dapatkan line tepon dan tenet, tak dapat detect line...cucuk kat kabel confirm dapat..tapi kalau kami bertiga nak guna serentak? line up la jawabnya..housemate lain boleh bukak tenet dalam bilik jer..
mals nak pikir.tido lagi bagos.noktah



Friday, February 4, 2011

PenCapaian TeRbaru Yang diBanGgakan...

Antara aktiviti yang dibuat di makmal gigi....

Ini acuan gigi yang diambil dari mulut patient.Ambil dengan alginate(macam tepung campur air) dan tekap acuan tu dalam mulut.pastu curahkan serbuk batu(dental stone) atas acuan alginate tadi dan dapat bentuk gigi yang keras macm diatas.

Warna merah kat gigi itu ambo letak lilin (wax) nak tutup undercut(xtahu nak terjemah gapo ni)...wat2 jela paham 0_o



Ini tengah belajar cara2 nak kecikkan gigi , nak pasang crown(sarung gigi guna porcelain dlll)...itu gigi borang betul hok ambo kutip sendiri kat klinik gigi...gigi putih tu bukan...itu acuan je...acuan warna putih ni namanya Plaster of Paris(POP).
Kalau nak tau, POP ni la orang kat hospital guna wat simen kaki ke, tangan ke hok patah...POP ni dalam bentuk serbuk.Campur dengan air dan curah je dalam bekas bentuk gigi. Bila dah keras siapla..
Alamak terbalik pulak gambar ni...takpola...nampok jugok...he
Atas ni gambar nak tutup undercut gigi..salah satu prosedur wat gigi palsu...merah itu lilin,ada lampu spirit dan alat2 tangan untuk ambo mengukir....


Ini proses wat gigi palsu jugak.wat Baseplate@tapak untuk ambo susun gigi dan try letak dala mulut patient.Lepas ukur gigi, tengak susunan gigi comey ke dok warna puas hati ke dok, pastu bolehlah masak gigi tu..ala2 masak ketupat....jadilah gigi palsu yang keras.

.........................................................

Hoho...hati ini rasa bagus.

Banyak kerja2 klinik is moving On ....walaupun kadang2 moving off

Pencapaian pertama:
Aku udah bisa melakukan extraction gigi (cabutan gigi)...udah 9 gigi dicabut..
2 doktor cabutkan ngeh ngeh....,2 gonje tarik cabut terus..4 sederhana susah,1 ni siap buat pembedahan kecil kat gusi...n jahit sikit...

Pencapaian kedua:
Gigi palsu nak siap dah..dah 2 tahun pkcik nasi lemak tu tunggu....T_T
nasib baik dia nak lagi gigi tu

Malangnya pakcik kacang punya tak siap2 lagi.....huhu


Pencapaian ketiga:

tulis entry baru untuk blog ni...hihihi


p/s:
Tengah tunggu internet dipasang kat asrama tak sampai2 lagi...broadband dah stop...tak mampu nak bayar kawe....pakat ramai wat streamyx...
Nanti dah pasang bolela update selalu..